Tuesday, October 19, 2010

Gambaran Keluarga Bahagia

Setiap orang sama ada yang sudah berkeluarga atau belum berkeluarga pastilah menginginkan keluarganya sentiasa berada didalam keadaan bahagia dan harmoni. Untuk mencipta keluarga bahagia bukanlah hal yang susah jika suami, isteri dan jugak anak-anak mengetahui kiat-kiat untuk membina keluarga tersebut.
Di sini ada beberapa perkongsian kiat-kiat untuk membina keluarga bahagia:
  • Jujur antara satu sama lain.
  • Dengarkan keluhan pasangan anda dan menganggap serius perasaan  pasangan kita.
  • Apabila berlaku perselisihan dalam keluarga sebaiknya dibincangkan sesame suami dan isteri sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut dan tidak menimbulkan kebencian dalam keluarga. Andai kata tidak berhasil, dapatkan khidmat orang ketiga yang dapat menolong untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Tunjukkan pada pasangan anda bahawaa anda mencintainya. Salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta anda adalah dengan mengatakan kalimah “I love You”.
  • Peruntukkan masa bersama berdua sahaja tanpa diganggu dengan anak-anak.minimal setahun sekali.
  • Janganlah sekali-kali mengungkit-ungkit perkara keburukan yang sudah berlalu. Belajarlah dari kesalahan tersebut dan memperbaikinya.
  • Percayalah kepada pasangan.Apabila anda ragu-ragu padanya,mohon ampun kepada ALLAH swt dan ungkapkan kepdanya tanpa menyakiti hati pasangan anda.
  • Pada saat pasangan anda berbicara, pandanglah wajahnya sehingga dia mengetahui anda sedang member perhatian sepenuhnya kepada apa yang ingin dia bicarakan.
  • Apabila berlaku pentengkaran, jagalah perkataan anda ( jangan sampai mengatakan sesuatu yang akan disesali nantinya) dan berusahalah tetap tenang dan berusahalah untuk tetap duduk.
·        Jagalah rahsia hubungan anda berdua.